27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Jurugambar ditahan amang seksual terhadap murid 9 tahun

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

POLIS menahan seorang jurugambar untuk membantu siasatan kes amang seksual terhadap seorang murid lelaki berusia sembilan tahun dalam kejadian yang berlaku di sebuah sekolah Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 12 Mei lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, Superintenden Md Noor Aehwan Mohammad berkata, dalam kejadian jam 4.15 petang itu, mangsa mengadu kepada ayahnya semasa pulang dari sekolah dia telah dicabul seorang lelaki ketika mengambil gambar semasa acara ‘petting zoo’ di bilik Sains sekolah berkenaan.

“Suspek merupakan salah seorang jurugambar luar yang dipanggil pihak sekolah untuk mengambil gambar sempena acara ‘petting zoo’ Bulan Panitia Sains yang dianjurkan sekolah.

“Ketika tugasnya, suspek dipercayai telah melakukan amang seksual sebanyak tiga kali pada hari kejadian.

“Hasil siasatan, suspek telah berdiri di sisi sebelah kiri mangsa dan kemudiannya telah memeluk mangsa daripada belakang. Selepas memelul mangsa suspek telah menyentuh kemaluan mangsa dari bahagian luar seluar yang dipakai.

“Mangsa telah cuba menepis tangan suspek namun suspek terus menyentuh kemaluan mangsa,”katanya menerusi kenyataan kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, selepas itu suspek arahkan mangsa bergerak ke belakang dan sekali lagi suspek menyentuh kemaluan mangsa.

“Mangsa juga mendedahkan suspek turut memegang kemaluan pelajar lain,”katanya.

Advertisements

Ekoran kejadian itu, katanya, satu perjumpaan telah dibuat membabitkan pihak pengadu dan pihak sekolah di bilik mesyuarat pada 15 Mei lalu jam 2.30 petang,

“Pada 23 Mei, perjumpaan kedua telah diadakan antara pihak sekolah, penjaga dan dua orang jurugambar yang bertugas pada hari kejadian.

“Di akhir perbincangan, salah seorang jurugambar mengaku melakukan perbuatan tersebut.

“Pihak sekolah kemudiamnya telah mengambil keputusan untuk tidak lagi membenarkan kedua-dua jurugambar tersebut untuk memasuki kawasan sekolah untuk program lain selepas ini, namun ayah mangsa tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil oleh pihak sekolah,”katanya.

Mengulas lanjut, Md Noor Aehwan berkata, pada 26 Mei, jam 1.30 petang, Inspektor Muhamad Syawal bersama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang membuat tangkapan terhadap seorang lelaki berusia 39 tahun di pekarangan IPD.

“Lelaki yang beralamat Sentul Pasar Ampang, Selangor itu bagaimanapun tidak mengaku memegang kemaluan kanak-kanak tersebut.

“Suspek kemudiannya direman sehingga 1 Jun dan kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) hari ini,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan