26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Malaysia bakal sertai Alliance 8.7 tangani isu buruh paksa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dalam proses menyertai Alliance 8.7 sebagai salah sebuah negara pathfinder yang menyokong sasaran Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) 8.7. 

Menterinya, V. Sivakumar berkata, penyertaan itu bertujuan mempercepatkan penghapusan buruh paksa, perhambaan moden menjelang 2030 dan buruh kanak-kanak menjelang 2025.

Beliau berkata, Malaysia pada persidangan Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILC) ke-111 telah menekankan komitmen kerajaan dalam usaha memerangi isu buruh paksa.

“Antaranya pindaan Aka Kerja 1955 (Pindaan 2022) yang telah mewujudkan peruntukan baharu iaitu Seksyen 90B berhubung buruh paksa. 

“Di samping itu, Malaysia juga telah melancarkan Pelan Tindakan Nasional (2021 –

Advertisements

2025) berhubung buruh paksa pada November 2021,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Sumber Manusia (KSM) tidak akan sesekali berkompromi tidak kira atas alasan apa juga berkaitan sebarang aduan mahupun makluman yang menjurus ke arah buruh paksa.

Katanya, kementerian akan terus mempergiatkan aktiviti penguatkuasaan dalam memerangi pelbagai is perburuhan termasuk isu buruh paksa. 

“Kita juga akan bertindak terhadap sebarang aduan jika wujudnya elemen buruh paksa walau hanya satu daripada 11 indikator buruh paksa yang digariskan ILO.

“KSM menegaskan bahawa kementerian tidak akan berkompromi dalam sebarang isu perburuhan lebih-lebih lagi buruh paksa dan pemerdagangan orang,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan