28.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Bubar DUN: Sanusi mengadap Sultan Kedah

Mesti Baca

MENTERI Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor pagi tadi menghadap Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah bagi mendapat perkenan tarikh pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kereta yang dinaiki Muhammad Sanusi dilihat tiba di Wisma Darul Aman pada 10.22 pagi dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri itu dilihat melambai kepada petugas media di hadapan pintu pagar utama bangunan berkenaan.

Sesi menghadap itu diadakan di pejabat Tuanku Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar.

Satu sidang media dijangka akan diadakan pemimpin itu selepas menghadiri sesi mengadap hari ini.

Advertisements

Persidangan DUN Kedah yang pertama adalah pada 3 Julai 2018, selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) pada 9 Mei 2018 dan mandat lima tahun sepatutnya berakhir pada 4 Julai ini.

Kedah memiliki 36 kerusi DUN yang menyaksikan PN diterajui Muhammad Sanusi ketika ini menguasai 20 kerusi (PAS-14, Bersatu-6) diikuti Pakatan Harapan (PH) yang memiliki 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2), sementara Barisan Nasional dan Pejuang masing-masing dua kerusi.

Dua lagi kerusi kosong selepas ADUN Gurun dari PKR, Datuk Johari Abdul memaklumkan beliau telah mengosongkan kerusinya pada 18 Disember tahun lalu selepas dilaporkan menjadi antara calon bagi jawatan Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Sementara itu, ADUN Belantek dari Pas, Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia, pada 14 Jun lalu. –  BERNAMA

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia tambah aset, bakal miliki empat helikopter AW189

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal memiliki empat buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 ‘medium lift’ menerusi satu...

Lagi Artikel Berkaitan