25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Jangan riak dan bongkak sangat Sanusi – Dr. Akmal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Muhamad Akmal Saleh mengingatkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor supaya tidak riak dan bongkak kononnya mahu menguburkan UMNO di Johor.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau berkata, Perikatan Nasional (PN) sendiri gagal menang di keenam-enam negeri, tidak seperti yang dicanangkan sebelum pilihan raya.

Katanya, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram bakal menjadi medan ujian, memperlihatkan siapa yang bakal menjadi pilihan rakyat.

“Jangan riak dan bongkak wahai menteri besar. Dulu dengan sombong kata PN menang enam negeri tetapi akhirnya tidak.

Advertisements

“Kita tengok sama ada Johor ini menjadi kubur untuk UMNO atau kubur untuk PN. Kita jumpa nanti,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Terdahulu, Muhammad Sanusi yang juga Pengarah Pilihan Raya PN menyifatkan Johor bukan lagi kubu kuat UMNO sebaliknya akan terkubur disebabkan gelombang PN yang semakin besar.

ADUN Jeneri itu berkata, PN akan menawan kedua-dua kerusi yang sebelum ini disandang wakil Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Salahuddin Ayub.

“Sudah sampai masanya . UMNO, Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) akan terbalik dengan gelombang PN di Johor nanti… Tiada lagi (istilah) kubu kuat, di sana dilahirkan (UMNO), di sana juga kuburnya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan