33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Pochettino raih kemenangan sulung sebagai pengurus Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

RAHEEM Sterling menjaringkan dua gol dan mencipta satu bantuan gol kepada Nicolas Jackson ketika membantu Chelsea menang 3-0 ke atas pendatang baharu, Luton Town di Stamford Bridge, awal pagi tadi.

Ini merupakan kemenangan pertama The Blues di bawah bimbingan Mauricio Pochettino serta merupakan kemenangan pertama di laman sendiri sejak Mac lalu.

Sterling meletakkan Chelsea di depan pada minit ke-17 menerusi satu larian menarik melepasi kawalan tiga pertahanan Luton sebelum merembat leret melepasi kawalan penjaga gol Luton, Thomas Kaminski.

The Blues terus mendominasi perlawanan selepas itu dengan rekrut rekod perpindahan Inggeris, Moises Caicedo turun dalam kesebelasan utama sejak menyertai kelab barat London itu.

Advertisements

Sterling menggandakan jaringan buat tuan rumah apabila menyudahkan hantaran silang Malo Gusto dari sayap kanan pada minit ke-68 untuk menjadikan kedudukan 2-0.

Untuk rekod, Sterling terlibat secara langsung dalam penghasilan 18 gol dalam 17 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang kelab yang baharu dipromosi dengan merekodkan 14 gol dan empat bantuan jaringan.

Tujuh minit berselang, giliran Sterling mencipta peluang, juga dari bahagian sayap kanan apabila hantaran silangnya disudahkan Jackson untuk gol pertamanya di EPL musim ini.

Tiga mata penuh dikutip di Stamford Bridge menyaksikan Chelsea naik ke tangga kelapan dengan empat mata sementara Luton kekal di dasar liga tanpa sebarang mata. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan