26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Maritim Malaysia laksana Madevac, kru kapal tidak sedarkan diri

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Terengganu telah melaksanakan operasi pemindahan perubatan (Madevac) bagi membantu kru kapal yang tidak sedarkan diri.

Pengarah Maritim Negeri Terengganu, Kepten Maritim Khairul Anuar Abd. Majid berkata, usaha membantu membawa keluar seorang kru kapal IMS Aman Supply itu menggunakan bot ronda Pengawal 16 di Muara Kuala Terengganu malam tadi.

Katanya, bantuan itu dilakukan selepas pihaknya dihubungi Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan bagi melaksanakan operasi tersebut.

“Susulan itu, bot ronda yang beroperasi di sekitar perairan Terengganu telah menghala ke lokasi bagi melaksanakan khidmat berkenaan.

Advertisements

“Bot tiba di lokasi sekitar pukul 7.30 petang dan terus memindahkan pesakit untuk dibawa ke Jeti Kuala Terengganu Supply Base. Tiba di jeti, mangsa diberikan bantuan penafasan (CPR) oleh pegawai perubatan,” katanya menerusi hantaran Facebook hari ini.

Namun, kata beliau, pegawai perubatan mengesahkan mangsa, Clarence Anak Melai warga tempatan berusia 32 tahun, meninggal dunia pada 8.40 malam.

“Maritim Negeri Terengganu meminta orang awam untuk melaporkan sebarang kejadian kecemasan atau kemalangan di laut melalui talian kecemasan 24 jam MERS 999 atau Pusat Operasi Maritim Negeri Terengganu di talian 09 6224357,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan