27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Rakyat Malaysia di tiga negara dinasihat berwaspada

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

WISMA Putra mengingatkan semua rakyat Malaysia yang berada di tiga negara, Rusia, Armenia dan Belarus supaya sentiasa berwaspada susulan pengisytiharan operasi memerangi pengganas (CTO) di Moscow dan wilayahnya, Sabtu lalu.

Menerusi satu kenyataan, Wisma Putra berkata, kesemua mereka digesa mendaftar dan mengemas kini maklumat mereka ke kedutaan masing-masing.

Katanya, pendaftaran penting bagi memastikan maklumat berkaitan dan kemas kini daripada Kedutaan/Kerajaan Malaysia dapat disampaikan dengan efisien.

“Kedutaan sedang memantau dengan teliti situasi semasa di negara ini dan menggesa semua rakyat Malaysia khususnya pelajar di Moscow, Kursk, St. Petersburg dan Volgograd supaya sentiasa berwaspada dan bertenang.

” Selain mengehadkan pergerakan di luar rumah, mengelakkan kawasan sesak, sentiasa membawa dokumen peribadi (termasuk pasport) dan memastikan dokumen perjalanan adalah sah dan mudah diakses.

“Bagi rakyat Malaysia yang merancang untuk pergi ke Rusia, mereka dinasihatkan untuk menangguhkan semua perjalanan yang tidak penting, sehingga keadaan bertambah baik,” katanya hari ini.

Advertisements

Rakyat Malaysia di ketiga-tiga negara berkenaan digesa mendaftar atau mengemas kini maklumat terkini mereka kepada kedutaan melalui e-mel ([email protected]) dan nombor telefon; +7 (495) 419 9898/99 atau +7 (906) 746 1333 (pegawai bertugas).

Ketegangan memuncak di Rusia selepas kumpulan upahan Wagner, yang diketuai Yevgeny Prigozhin, juga pernah menjadi sekutu rapat Presiden Rusia Vladimir Putin, melancarkan pemberontakan untuk menjatuhkan tentera Rusia.

Menurut laporan Agensi Anadolu pada Sabtu, Prigozhin berkata, pejuangnya akan mara ke Moscow, mendorong Kremlin meningkatkan langkah keselamatan merentasi pelbagai wilayah di negara itu.

Dalam pada itu, Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir menerusi ciapan Twitter berkata, pihaknya sedang memantau rapat situasi di Rusia.

“Kedutaan sedang berhubung rapat dengan semua 755 rakyat Malaysia yang berdaftar dan meminta mereka bertenang, mengambil langkah berjaga-jaga dan kekal berada di dalam rumah,” ujarnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan