32.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Malaysia kecewa kuasa veto diguna halang Palestin anggotai PBB

Mesti Baca

MALAYSIA menyuarakan rasa bimbang dengan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai anggota penuh PBB, semalam.

Wisma Putra dalam kenyataan turut menyatakan rasa amat kecewa dengan penggunaan veto itu walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar negara-negara anggota PBB.

Menurut Wisma Putra, pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar ahli UNSC itu untuk merealisasikan hak-hak rakyat Palestin.

Jelasnya, ia termasuk hak untuk menentukan nasib mereka sendiri ekoran kependudukan haram Israel di Tebing Barat, Gaza dan Baitulmuqaddis Timur sejak 1967.

“Malaysia kekal komited dengan perjuangan rakyat Palestin dan akan meneruskan usaha-usaha ke arah penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka serta berdaulat berdasarkan sempadan pra-1067 dengan Baitulmuqaddis Timur sebagai ibu negaranya.

“Malaysia menggesa masyarakat antarabangsa termasuk UNSC untuk terus berusaha ke arah keanggotaan penuh Palestin di PBB,” katanya dalam kenyataan itu hari ini.

Semalam, Amerika Syarikat (AS) menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk mengiktiraf negara Palestin.

Advertisements

Lima belas ahli majlis berkumpul di New York bagi mengundi draf resolusi yang dikemukakan oleh Algeria yang mengesyorkan kemasukan Negara Palestin untuk menjadi ahli PBB.

Keahlian itu disekat selepas 12 menyokong manakala dua berkecuali, termasuk United Kingdom (UK) dan Switzerland.

Palestin telah diterima sebagai negara pemerhati Perhimpunan Agung PBB pada 2012, yang membolehkan utusannya untuk mengambil bahagian dalam perbahasan dan organisasi PBB tetapi tanpa undian.

Negara-negara diterima ke dalam keanggotaan PBB melalui keputusan Perhimpunan Agung atas cadangan Majlis Keselamatan, menurut Piagam PBB.

Resolusi majlis memerlukan sekurang-kurangnya sembilan undi memihak dan tiada kuasa veto oleh anggota tetap – AS, Britain, Perancis, Rusia atau China – untuk diluluskan.

Permohonan Palestin untuk menjadi ahli penuh PBB dibuat susulan serangan maut Israel di Semenanjung Gaza sejak serangan rentas sempadan 7 Okt lepas, yang telah membunuh hampir 34,000 rakyat Palestin.

Advertisements

Terkini

Mahkamah Tinggi kekal sabitan, hukuman terhadap Siti Bainun

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman ke atas Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali...

Lagi Artikel Berkaitan