26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 25, 2024

Kebanjiran warga asing punca aktiviti keganasan berkembang

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

KEBANJIRAN warga asing di negara ini khususnya dari Asia Tengah, Asia Selatan dan Afrika menjadi punca aktiviti keganasan di Malaysia berkembang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, ini menjadikan Malaysia antara destinasi transit popular operasi Foreign Terrorist Fighters (FTFs) untuk melancarkan serangan di kawasan lain.

Beliau berkata, kerajaan turut memantau situasi terkini berkaitan risiko ancaman keganasan oleh kumpulan-kumpulan pengganas seperti DAESH, Jemaah Islamiyah dan lain-lain.

“Ancaman keganasan masih wujud di rantau Asia Tenggara namun ancaman tersebut bersifat sederhana-rendah,” katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa peringkat tertinggi mengenai kawalan keganasan di Bukit Aman hari ini.

Mesyuarat tersebut bertujuan membincangkan isu-isu terkini berhubung ancaman keganasan di Malaysia, mengenal pasti strategi bagi menangani keganasan di negara ini secara komprehensif, penambahbaikan mekanisme pengurusan krisis keganasan serta memantau pengurusan krisis keganasan dan pelaksanaan counter-narrative antikeganasan secara holistik.

Keanggotaan mesyuarat terdiri daripada Menteri dan Pegawai Kanan Kerajaan daripada Kementerian dan agensi yang terlibat.

Advertisements

Ahmad Zahid berkata, kerajaan telah bekerjasama dengan pasukan-pasukan keselamatan dari negara Jiran untuk membendung serta mengenal pasti individu-individu yang disyaki terlibat dengan aktiviti keganasan sama ada melibatkan warganegara Malaysia atau warga negara asing.

Katanya, tindakan yang dilaksanakan bagi menangani ancaman dan juga penyebaran fahaman-fahaman berkaitan keganasan adalah dengan menyalurkan maklumat dan hebahan berkait ancaman keamanan dan kesejahteraan negara.

Jelas beliau, ini dilakukan melalui strategi komunikasi yang bersesuaian bagi mewujudkan kesedaran kepada rakyat dan mempromosikan inisiatif Kerajaan dalam mengawal ancaman keganasan di seluruh negara.

“Pelaksanaan program-program kesedaran turut dilaksanakan berdasarkan tiga teras iaitu Patriotisme, Keagamaan dan Langkah Pencegahan melalui siaran program di televisyen, penerbitan, siaran radio, media sosial dan ceramah kesedaran.

“Saya menyatakan komitmen bahawa Kerajaan tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana warganegara atau bukan warganegara yang berniat mengancam keselamatan negara dan menentang sekeras-kerasnya sebarang tindakan keganasan dalam apa jua bentuk sekalipun,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Polis kesan sindiket penipuan beli barang terpakai palsu

POLIS sedang mengesan satu sindiket penipuan pembelian barangan terpakai menggunakan kaedah 'phishing' yang setakat ini menyebabkan kerugian lebih RM243,000. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan