Saturday, June 13, 2026

Menteri jangan guna kata kesat, kecuali mahu jadi ‘Kerajaan DNF’

Mesti Baca

PARA menteri Kabibet diberi amaran agar tidak menggunakan kata-kata kesat seperti “bahlol” dan “bodoh” melainkan mereka tidak peduli sekiranya kerajaan tidak habis penggal (DNF).

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, ini kerana apabila menteri menggunakan perkataan sedemikian, beliau bimbang sekiranya rakyat pula akan memperbodohkan menteri.

Pada masa yang sama beliau juga menggesa kerajaan tidak mengumumkan sebarang “formula mengejut” sehingga boleh menyebabkan rakyat menjadi gelisah.

“Semoga dalam masa terdekat ini tidak ada “Formula Mengejut” akan diumumkan oleh kerajaan. Jangan buat rakyat gelisah. Tangguhkan saja penyasaran RON 95.

“Menteri juga patut dilarang guna perkataan kesat seperti “bahalol dan bodoh”. Takut rakyat akan bodohkan menteri. Kecuali kalau kerajaan tidak kisah menjadi kerajaan “did not finish the term” (DNF),” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Amaran tersebut dipercayai bagi mengelak rasa tidak senang hati dalam kalangan rakyat menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Neggiri, Kelantan pada 17 Ogos ini.

Dalam PRK tersebut, Barisan Nasional (BN) akan meletakkan calonnya bagi mewakili kerajaan Perpaduan.

Sebelum ini, semasa kempen PRK DUN Sungai Bakap, Pulau Pinang, Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli didakwa menggunakan perkataan “bahlol”dan bodoh yang dikatakan antara penyumbang kekalahan calon kerajaan. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan