26.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, July 25, 2024

Enam bekas Ahli Parlimen Bersatu berstatus wakil rakyat bebas

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

ENAM bekas Ahli Parlimen Bersatu yang dipecat daripada parti itu akan terus berkhidmat sebagai wakil rakyat bebas selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul membuat keputusan kerusi mereka tidak perlu dikosongkan.

Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman berkata ini berdasarkan Perkara 49A bahawa mereka tidak boleh menyertai mana-mana parti kerana ia melanggar perkara 49A.

“Apa yang kami perjuangkan sehingga menyebabkan kami menjadi Ahli Parlimen bebas ialah peruntukan Ahli Parlimen bagi membolehkan kami berkhidmat dan membantu rakyat di kawasan kami.

“Surat yang kami serahkan tahun lepas kepada Speaker (Yang Dipertua) jelas menyatakan kami kekal dan taat setia kepada parti Bersatu yang kami wakili namun tetap tidak diterima pucuk pimpinan (parti),” katanya yang mewakili lima Ahli Parlimen lain pada sidang media di Parlimen hari ini.

Lima Ahli Parlimen lain ialah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) yang juga ADUN Nenggiri, Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Datuk Dr Zulkafperi Hanafi (Tanjong Karang) dan Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang).

Advertisements

Mengenai tempat duduk kesemua enam Ahli Parlimen itu dalam Dewan Rakyat, Suhaili berkata perkara itu akan diputuskan Speaker Dewan Rakyat.

“Di mana kami duduk insya-Allah Tan Sri Speaker akan tetapkan. Kalau blok pembangkang tidak mahu kami duduk di kerusi sekarang, Tan Sri Speaker boleh putuskan.

“Ketika ini juga kita duduk di tempat biasa, sejak kami diberikan pelbagai surat dari parti kami duduk di kerusi yang sama juga… mungkin ini perkara besar kepada mereka (parti),” katanya.

Semalam, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin mengesahkan parti itu telah menerima surat balasan daripada Johari yang memaklumkan tidak berlaku kekosongan kerusi Parlimen melibatkan enam bekas ahlinya yang memberi sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada 20 Jun lepas, Ketua Whip Bersatu yang juga Naib Presidennya Datuk Dr Ronald Kiandee telah mengemukakan notis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat itu mengenai kekosongan kerusi enam Ahli Dewan Rakyat itu kerana keahlian mereka dalam Bersatu telah terhenti. — BERNAMA

Advertisements

Terkini

Polis kesan sindiket penipuan beli barang terpakai palsu

POLIS sedang mengesan satu sindiket penipuan pembelian barangan terpakai menggunakan kaedah 'phishing' yang setakat ini menyebabkan kerugian lebih RM243,000. Pengarah...

Lagi Artikel Berkaitan