30.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Usaha pancing Mount buntu, United sasar Caicedo

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MANCHESTER United dilaporkan beralih kepada usaha mendapatkan pemain tengah Brighton, Moises Caicedo selepas bidaan mendapatkan Mason Mount menemui jalan buntu.

United berang dengan pendekatan Chelsea selepas bidaan sebanyak RM327 juta mereka pada Jumaat lalu ditolak.

Sebaliknya The Blues meminta yuran perpindahan sebanyak RM344.9 juta berserta tambahan RM 41.6 juta bagi bonus dan sebagainya.

Jumlah yang diminta Chelsea itu disifatkan tinggi oleh Red Devils bagi Mount yang mempunyai kontrak berbaki setahun sahaja di Stamford Bridge.

Bagi mereka, jumlah yang ditawarkan sudah cukup tinggi dan membiarkan tawaran tersebut di atas meja sambil meneroka peluang mendapatkan Caicedo.

Advertisements

Bintang tengah Ecuador itu merupakan pemain yang berbeza gaya persembahan berbanding Mount namun kelab asalnya, Brighton meletakkan harga sekurang-kurangnya RM475.7 juta.

Chelsea pada awal Jun ini telah meletakkan bidaan berjumlah RM356.7 namun ditolak The Seagulls.

Sementara itu, Chelsea mungkin akan mengurangkan jumlah yang diminta untuk Mount kerana pemain berkenaan enggan menyambung kontrak baharu.

Selain itu, kelab barat London itu perlu menjual pemain susulan berbelanja besar pada musim sejuk lalu sebanyak RM3.57 billion. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan