Wednesday, June 17, 2026

Allianz berminat taja stadium baharu Chelsea

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SYARIKAT gergasi insurans Jerman, Allianz dilaporkan berminat membuat pelaburan jangka panjang menerusi tajaan bagi stadium baharu Chelsea apabila siap kelak.

Allianz juga difahamkan kini di peringkat perbincangan bersama hierarki tertinggi Chelsea berhubung penajaan pada jersi kelab musim depan, selepas tajaan syarikat telekomunikasi, Three berakhir.

Penyokong The Blues baru-baru ini berang selepas kelab itu dilapor bersetuju dengan tawaran penajaan jersi oleh syarikat perjudiaan atas talian, Stake.

Bagaimanapun, usaha Allianz untuk menaja jersi atau lengan pada jersi pastinya melegakan sambil syarikat berkenaan menyasarkan stadium baharu Chelsea untuk dinamakan nama mereka.

Memetik sumber Mail Online, Allianz mempertimbang secara serius kerjasama bersama Chelsea bagi pelan jangka pangjang.

Jurucakap Allianz bagaimanapun enggan memberi maklum balas berhubung perbincangan tersebut.

Setakat ini, terdapat tujuh stadium yang telah dinamakan dengan syarikat insuran tersebut seperti Munich, Sydney, Minnesota, Nice, Vienna, Turin dan Sao Paolo. – Edisi 9.

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan