30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Sultan Kedah perkenan DUN dibubar 28 Jun – Sanusi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SULTAN Kedah, Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah memperkenan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, pembubaran tersebut mendapat perkenan selepas beliau mengadap Sultan Kedah di Wisma Darul Aman, Alor Setar, pagi tadi.

“Hari ini saya memaklumkan telah menghadap Sultan Kedah untuk memohon perkenan bagi pembubaran DUN Kedah yang ke-14. 

“Untuk makluman semua Sultan (Kedah) telah memberi perkenan untuk DUN yang ke-14 ini dibubarkan pada tanggal 28 Jun 2023. 

“Sehubungan itu saya ingin memaklumkan bahawa bermula tarikh berkenaan, pentadbiran kerajaan negeri akan dijalankan oleh kerajaan caretaker.

“Yang mana segala fungsi kerajaan akan berlangsung sebagaimana biasa sehingga kerajaan negeri yang baharu akan dibentuk selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang,” katanya dalam sidang media hari ini.

Advertisements

Beberapa negeri telah membubarkan DUN masing-masing termasuk Kelantan pada 22 Jun lalu sementara Selangor menyusul sehari kemudian bagi memberi laluan kepada PRN.

PRN akan diadakan di enam negeri termasuk Kedah, Kelantan, Selangor, Terengganu, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang yang dijangkan pada awal Ogos ini.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Perikatan Nasional (PN) mendominasi DUN dengan 20 kerusi yang mana Pas memiliki 14 kerusi sementara baki enam adalah milik Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Pakatan Harapan (PH) yang memiliki 10 kerusi sementara Barisan Nasional (BN) dan Pejuang masing-masing dua kerusi.

Sementara itu, dua lagi kerusi kosong selepas penyandang kerusi DUN Gurun, Tan Sri Johari Abdul yang dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat membuat keputusan mengosongkan kerusi berkenaan pada Disember tahun lalu.

Dalam pada itu, ADUN Belantek dari Pas, Datuk Mohd. Isa Shafie pula meninggal dunia, pada 14 Jun lalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan