26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Akta baharu kawal pemberian ubat atas talian – Perdim

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEBEBASAN mengeluarkan preskripsi ubat secara atas talian perlu dikawal menerusi menggubalan akta khas atau prosedur operasi standard (SOP) yang jelas.

Ini bagi mengelakkan wujudnya sebarang salah laku atau pelanggaran etika ketika pengeluaran ubat serta memungkinkan kebanjiran doktor palsu.

Presiden Pertubuhan Doktor-Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Boisaidi Abdul Razak berkata, kebimbangan mengenai perkara ini wujud kerana seorang doktor mungkin boleh mengeluarkan lebih 1,000 preskripsi dalam tempoh sehari jika tidak dikawal.

“Perlu ada akta-akta atau SOP tertentu yang perlu digubal supaya platform digital ini tidak membuatkan doktor salah urus merawat pesakit dan (akhirnya) komplikasi terjadi kepada pesakit.

“Untuk sementara waktu, kami bersetuju untuk melihat kembali keputusan darah sahaja hinggalah ada SOP tertentu atau akta (digubal) bagi pengeluaran preskripsi ubat,” katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini bercadang untuk memperluaskan sistem klinik maya sebagai usaha mengatasi masalah kesesakan di klinik kerajaan serta swasta.

Advertisements

Pesakit yang boleh menggunakan perkhidmatan tersebut ialah mereka yang mempunyai rekod rawatan sedia ada dengan hospital dan bukannya pesakit baharu.

Mereka termasuk pesakit yang menunggu semakan keputusan makmal selain penjagaan pesakit kronik.

Mengulas lanjut, Boisaidi berkata, berbanding di negara-negara, pengamal perubatan di sana mengikut tatacara yang ditetapkan dan terikat dengan kuota pemberian ubat maksimum 20-50 perskripsi sehari.

“Memang betul di negara-negara maju mereka telah menggunakan platofrm digital tetapi dengan akta-akta yang betul-betul mengawal sistem tadi supaya tidak ada salah laku merugikan doktor dan memburukkan keadan pesakit lagi.

Beliau berkata, jika tiada akta yang dikuat kuasa akan memungkinkan doktor bogus (doktor palsu) mengeluarkan 1,000 perskripsi dengan hanya menekan butang ‘enter’ sahaja di papan kekunci komputer untuk menggantikan tanda tangan.

“Itu yang kita hendak tahu, apakah SOP langkah-langkah untuk mencegah terjadinya salah laku ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan