33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

PRN: Enam atau tujuh kerusi belum dimuktadkan – Fahmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERBINCANGAN pembahagian kerusi antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) kini diperingkat akhir dengan hanya tinggal enam atau tujuh kerusi sahaja yang belum dimuktamdkan.

Pengarah Komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, rundingan dan persepakatan berhubung pertindihan kerusi tersebut dijangka diselesaikan dalam masa terdekat.

Fahmi berkata, senarai lengkap calon bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di enam negeri itu akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kepimpinan tertingi Kerajaan Perpaduan.

“Saya rasa mungkin tak lama lagi dan selepas itu, kita akan fokus mendekati rakyat dan berkempen apabila tiba masanya,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan pelancaran program Jelajah MYTV di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kerinchi, hari ini.

Advertisements

Pada majlis itu, Fahmi turut menyerahkan dekoder MYTV secara percuma kepada hampir 700 penerima yang layak.

Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan di enam negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, ditanya mengenai gesaan pelbagai pihak yang menuntut bekas Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua dikenakan tindakan, Fahmi berkata, beliau menyerahkan segalanya kepada DAP.

 “Kita serahkan kepada DAP untuk tentukan apa (bentuk) tindakan. Kita tidak jaga tepi kain parti lain ini, urusan parti masing-masing,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan