25.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Pemuda MCA saran pulau PRN

Kecewa berkawan dengan DAP, tidak perlukan MCA serta MIC yang digelar biawak hidup

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMUDA MCA menyarankan supaya parti itu memulaukan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dengan tidak meletakkan sebarang calon bertanding.

Setiausaha Agung Pemuda MCA, Daniel Wa berkata, itu merupakan salah satu cara untuk mengajar calon-calon Barisan Nasional (BN) yang angkuh selepas berkawan dengan DAP.

Tegas Daniel, MCA juga disaran agar tidak membantu mana-mana calon yang bertanding.

“Selama ini MCA setia dan berpegang teguh kepada prinsip serta semangat BN. Susah senang tetap bersama BN, walaupun banyak parti komponen meninggalkan BN pada ketika BN berdepan waktu sukar.

“Kini dia sudah ada kawan baharu DAP, maka itu dia mendabik dada dan tidak perlukan MCA serta MIC yang digelar ‘biawak hidup’,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Pilihan Raya Negeri (PRN) akan diadakan di enam negeri termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan dan Terengganu dalam masa terdekat.

BN dan Pakatan Harapan (PH) yang turut dianggotai DAP membentuk Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu dan diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu, Daniel berkata, tindakan yang dicadangkan dapat mengajar ahli-ahli BN tersebut supaya berpijak di bumi yang nyata.

“(Saya) berharap pucuk pimpinan MCA supaya dapat meneliti secara mendalam cadangan bagi mengajar golongan yang sombong, angkuh dan tidak sedar diri,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bukan bumiputera masuk UiTM: KPT masih pegang teguh Akta 173

KEMENTERIAN Pendidikan Tinggi (KPT) masih berpegang teguh kepada Fasal 1A Akta 173 bahawa Universiti Teknologi Mara (UiTM) ditubuhkan menurut...

Lagi Artikel Berkaitan