30 C
Kuala Lumpur
Monday, March 20, 2023

Cubaan bawa masuk produk haiwan dari China tumpas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

CUBAAN ssorang warganegara China membawa masuk produk haiwan melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2 Rabu lalu, tumpas dalam pemeriksaan dilakukan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor, Mohd. Sobri Md. Hashim berkata, rampasan produk haiwan seberat 20 kilogram dianggarkan bernilai RM200 yang cuba dibawa masuk berjaya dikesan dengan bantuan mesin pengimbas Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Konsainan tersebut terdiri daripada lapan kilogram itik dan 12 kilogram sosej lembu mentah yang diletakkan didalam sebuah bagasi selain berisiko membawa masuk penyakit ke dalam negara.

“Produk haiwan itu kemudiannya telah disita oleh pihak Maqis kerana tidak mempunyai permit import serta sijil kesihatan dan sijil halal yang sah,”katanya dalam satu kenyataan di sini.

Jelasnya, perbuatan mengimport produk haiwan tanpa permit sah menjadi suatu kesalahan dibawah Seksyen 11 (1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaaan  Malaysia 2011 (Akta 728) yang boleh dihukum dibawah Seksyen 11(3) akta sama.

Baca juga:   Frank Lampard kini pengendali baharu Everton

“Jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi  RM100,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam tahun atau keduanya.

“Maqis akan sentiasa bersedia dalam melakukan tugasan di semua pintu masuk negara bagi memastikan komoditi haiwan, pertanian serta ikan yang masuk mahupun keluar dari Malaysia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan.

“Ia bagi memastikan keselamatan makanan terjamin dan selamat dimakan oleh rakyat Malaysia,”katanya. – Edisi 9

Baca juga:   41 orang terkorban dalam letupan lombong arang batu

Wartawan

Terkini

Pemimpin, ahli UMNO perlu kerjasama kukuhkan semula parti

NAIB Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengajak seluruh ahli keluarga besar UMNO membaiki hubungan di atas kekhilafan...

Lagi Artikel Berkaitan