26 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Anak penyu lipas ditemui di Pulau Pinang selepas 4 tahun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SETELAH empat tahun penyu lipas bertelur di Pantai sekitar Pulau Pinang, Rabu lalu orang awam telah menemui lebih 100 ekor anak penyu berkenaan di pantai sekitar Teluk Bahang.

Penemuan itu kemudiannya dimaklumkan kepada Jabatan Perikanan Pulau Pinang untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Pengarah Jabatan Perikanan Pulau Pinang, Yazeereen A Bakar, pihaknya menerima satu laporan daripada orang awam yang menjumpai anak-anak penyu lipas menetas di sekitar Hotel Angsana, Teluk Bahang.

“Pasukan Cawangan Konservasi dan Perlindungan Sumber Jabatan Perikanan Pulau Pinang telah ke tempat kejadian dan mendapati terdapat 110 ekor anak penyu lipas telah menetas.

“Anak-anak penyu lipas berkenaan telah dibawa ke Pusat Konservasi Penyu Pantai Kerachut untuk tujuan pemuliharaan dan penjagaan lanjut sebelum dilepaskan ke perairan laut.

“Kami mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada orang awam yang melaporkan keberadaan penyu di pantai sekitar Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Ujar Yazeereen, pihaknya berharap agar usaha dan kerjasama baik seperti itu akan dapat memastikan spesis penyu yang semakin pupus ini dipulihara demi menjamin kelestarian populasi spesis ini,

Menurutnya, Pulau Pinang merupakan antara negeri yang terkenal dengan kehadiran penyu lipas di Malaysia selain Pahang dan Terengganu.

“Bagaimanapun, trend pendaratan penyu belimbing dan lipas di Malaysia dan di Pulau Pinang semakin berkurangan disebabkan faktor ancaman semula jadi serta manusia.

“Kali terakhir penyu lipas kembali bertelur di pantai sekitar Pulau Pinang adalah pada tahun 2019, iaitu empat tahun yang lalu,” katanya.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan