27.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Ghazal Parti seni persembahan popular dari Pulau Pinang

Mesti Baca

GHAZAL Parti mungkin satu seni persembahan yang jarang didengar namun ia cukup popular di Utara Malaysia terutamanya Pulau Pinang.

Tidak mahu seni persembahan itu dilupakan, Pisang Production Sdn Bhd mengambil inisiatif dengan menganjurkan persembahan Ghazal Parti yang diadakan di pusat beli belah Prangin Mall, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Ghazal Parti ialah sebuah persembahan yang menggabungkan muzik, lagu, lawak dan tarian.

Gaya bahasa yang digunakan cenderung kepada dialek utara iaitu Kedah dan Pulau Pinang.

Pengarah Program, Nik Nur Azlina Nik Ibrahim berkata, tujuan penganjuran ini diadakan untuk memberi pendedahan tentang Ghazal Parti kepada masyarakat terutamanya golongan muda tentang warisan seni budaya yang semakin dilupakan.

Advertisements

“Ia perlu dipelihara dan disemarakkan semula. Penggiat pelapis perlu diwujudkan bagi mengekalkan kesinambungan warisan seni ini agar ia tidak pupus di kemudian hari.

“Semoga warisan seni budaya negara kita dapat dipelihara dan dikekalkan hingga ke generasi seterusnya,” katanya.

Pada acara persembahan Ghazal Parti itu turut diadakan Pertandingan Peragaan Pakaian Kreatif yang dibahagikan kepada 2 kategori iaitu 12 Tahun Ke-Bawah dan Terbuka.

Seramai lapan peserta telah mengambil bahagian bagi setiap kategori. Setiap pemenang menerima wang tunai, sijil dan piala.

Penganjuran itu juga turut mendapat sokongan ArtsFAS-Seni Sepanjang Musim, Yayasan Hasanah dan Kementerian Kewangan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan