27.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Giliran Ustaz Azhar Idrus dihalang berceramah di Pulau Pinang

Mesti Baca

PAS Pulau Pinang mendesak kerajaan negeri mempertimbangkan semula keputusan menyekat pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus daripada menyampaikan kuliah di negeri berkenaan.

Ketua Penerangannya, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata, pihaknya mengambil berat isu sekatan terhadap asatizah menyampaikan kuliah di Pulau Pinang dengan menggunakan alasan tauliah sedangkan selama ini, masjid dan surau hidup dengan pengimarahan sambil dipantau oleh pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

“Sekatan yang sebenarnya dilihat sangat berunsurkan politik terutamanya daripada pengajar yang dikatakan cenderung kepada parti politik pembangkang menggambarkan satu keputusan yang sangat membangkitkan kemarahan rakyat Pulau Pinang.

“Terbaharu, Ustaz Azhar Idrus pula menjadi mangsa ketidakbijakan pencatur politik apabila beliau disekat daripada menyampaikan kuliah di tiga lokasi di Pulau Pinang,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Advertisements

Muhammad Fawwaz yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, penyekatan asatizah ini agar keharmonian rakyat di negeri Pulau Pinang tercinta ini dipelihara.

Sebelum ini, media melaporkan mengenai video pendakwah bebas, Datuk Mohd Kazim Elias yang mengesahkan beliau telah menerima arahan tidak dibenarkan lagi memberi kuliah di Pulau Pinang selepas 33 tahun berceramah di negeri itu selama ini.

Ucapan beliau itu dipercayai dirakam jemaah di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil dan rakaman video berdurasi 3 minit 08 saat itu turut tular di media sosial pada hujung Oktober lalu. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan