32.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 10, 2024

AEON Credit perkenal pembiayaan beli motosikal elektrik

Mesti Baca

AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) memperkenalkan instrumen Pembiayaan Motosikal Elektrik bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat dalam pembiayaan kenderaan elektrik (EV).

AEON Credit dalam satu kenyataan berkata, produk baharu itu bukan sahaja melengkapi tawaran Skim i-Sewa Beli sedia ada, malah ia selaras dengan Pelan Hala Tuju Kelestarian tiga tahun dan komitmen untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2030.

“Sebagai maklum balas kepada matlamat neutral karbon kebangsaan 2050 seperti yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12), AEON Credit memperkenalkan Pembiayaan Motosikal Elektrik sulung sebagai komponen penting dalam strategi dan perjalanan kemampanannya yang berterusan.

“Penyelesaian pembiayaan hijau ini telah direka dengan teliti untuk menyediakan pemilikan EV pelanggan dan membolehkan mereka mengurangkan jejak karbon ke arah gaya hidup yang mampan,” katanya.

AEON Credit berkata, penyelesaian pembiayaan itu boleh diakses oleh semua rakyat Malaysia yang berumur antara 18 hingga 65 tahun dengan fleksibiliti untuk disesuaikan bersama pelan pembayaran balik dan terma lanjutan sehingga 84 bulan, sekali gus memenuhi pelbagai pilihan kewangan pelanggan.

Advertisements

“Penyelesaian pembiayaan ini kini tersedia untuk motosikal elektrik Blueshark, menandakan langkah awal dalam komitmen AEON Credit terhadap pembiayaan mobiliti rendah karbon.

“Pada masa yang sama, kumpulan sedang berusaha secara proaktif ke arah memperluaskan penyelesaian pembiayaan hijau yang inovatif ini untuk merangkumi spektrum jenama motosikal elektrik yang lebih luas secara progresif bagi memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat,” katanya.

Pengarah Urusan AEON Credit, Daisuke Maeda berkata, pelancaran penyelesaian pembiayaan hijau sulung itu mewakili satu langkah penting ke arah matlamat kemampanan menyeluruh kumpulan, memandangkan ia membolehkan syarikat memainkan peranan proaktif dalam menyumbang kepada sasaran neutraliti karbon negara.

“Dalam memahami keperluan pelanggan kami yang berubah-ubah, kami telah menggalakkan penggunaan penyelesaian mobiliti rendah karbon untuk pelanggan kami.

“Selain itu, pelancaran ini sejajar dengan Belanjawan 2024 untuk mempromosikan pemilikan motosikal elektrik melalui pengenalan Skim Insentif Penggunaan Motosikal Elektrik menerusi insentif rebat tunai,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peruntukan Exco luar bandar dinaikkan kepada RM750,000

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengumumkan peruntukan pembangunan kepada Exco Luar Bandar dinaikkan...

Lagi Artikel Berkaitan