26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 8, 2024

Artroniq pasar motosikal EV buatan Indonesia di Malaysia

Mesti Baca

ARTRONIQ Berhad menerusi anak syarikatnya Artronic Itech Sdn Bhd akan memasarkan motosikal elektrik (EV) buatan Indonesia di pasaran negara ini pada suku keempat tahun ini.

Ia susulan perjanjian pengedaran strategik yang ditandatangani antara syarikat itu dengan PT Terang Dunia Internusa yang juga syarikat induk United Motors, pengeluar motosikal EV dari negara jiran itu.

Ketua Pegawai Kewangan Artroniq, Marcus Chin Choon Wei berkata, kedua-dua pihak berusaha untuk memenuhi visi kemampanan bersama menerusi komitmen kolektif terhadap prinsip-prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Perkongsian kami bukan hanya tentang perniagaan, ia mengenai nilai bersama terutamanya dalam kemampanan.

“Ini sejajar dengan komitmen kami terhadap prinsip ESG sebagai kedua-dua syarikat menyasarkan untuk mengurangkan kesan alam sekitar dan meningkatkan kualiti hidup untuk pemegang kepentingan kami,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Indera Hermono (tengah) bersama Marcus Chin (dua kiri) dan Andrew Mulyadi (kiri) semasa majlis pengemuman kerjasama antara Artroniq dan PT Terang Dunia di Kuala Lumpur.

Majlis pengumuman kerjasama itu diadakan Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur yang turut dihadiri oleh Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Datuk Indera Hermono.

Advertisements

Hadir sama Pengarah PT Terang Dunia Internusa, Andrew Mulyadi dan Senator Jaziri Alkaf Dr Abdillah Suffian.

Marcus berkata, pelancaran produk itu di Kuala Lumpur tidak lama lagi akan menjajikan acara penting dalam landskap ASEAN.

Kedua-dua negara juga, katanya, kekal bersatu dalam misi mereka untuk memupuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam komuniti rantau ini.

“Pada pelancaran tersebut, orang ramai akan berpeluang memandu uji kedua-dua model siri TX seperti TX3000, yang menampilkan kelajuan maksimum 90 kilometer sejam dan ke atas.

“Basikal elektrik ini juga berfungsi sebagai basikal rasmi G20 telah diuji dan disahkan oleh pemimpin dunia semasa sidang kemuncak G20 2022,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Peranan, tanggungjawab Maritim Malaysia diiktiraf dunia

PERANAN serta tanggungjawab Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) telah diterima dengan baik dan diiktiraf dunia. Ini dibuktikan apabila Maritim...

Lagi Artikel Berkaitan