33 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Newcastle singkir City daripada Piala Liga

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

FINALIST Piala Liga musim lalu, Newcastle United menyingkirkan juara Eropah, Manchester City, 1-0 dalam aksi pusingan ketiga di St. James Park, awal pagi tadi.

Kemenangan tersebut terhasil selepas rungutan skuad The Citizen apabila terpaksa bertandang menggunakan bas selama tiga jam berbanding menaiki kapal terbang kerana gagal mendapatkan penerbangan pulang ke Manchester.

Dan pada aksi awal pagi tadi, Pep Guardiola membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama apabila merehatkan penyerang prolifik, Erling Haaland.

Tindakan tersebut nyata memakan diri apabila City gagal mencetak sebarang gol dalam perlawanan tersebut.

Advertisements

Kelebihan itu digunakan tuan rumah apabila memperoleh gol tunggal perlawanan menerusi penyudah penyerang antarabangsa Sweden, Alexander Isak pada minit ke-54.

Gol tersebut berpunca daripada larian Joelinton dari sayap kanan sebelum dilintangkan kepada Isak yang kemudiannya menyepak bola melepasi Stefan Ortega di gawang City.

Sementara itu, dalam satu lagi aksi Piala Liga menyaksikan Arsenal turut mara ke pusingan keempat Piala Liga selepas menang tipis 1-0 ke atas Brentford di Stadium Komuniti Gtech, awal pagi tadi.

Gol kemenangan The Gunners disumbangkan pemain sayap, Reiss Nelson pada minit kelapan untuk menempatkan Arsenal bersama 16 pasukan terbaik. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

In Saff Travel tawar pakej umrah serendah RM4970

BERUSAHA memberikan yang terbaik terhadap pelanggannya, syarikat pengendali pakej umrah, In Saff Travel & Tours Sdn Bhd menampilkan pakej...

Lagi Artikel Berkaitan