31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

PM, isteri hadir sambutan Maulidur Rasul 1445H

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengetuai barisan Jemaah Menteri hadir pada sambutan Maulidur Rasul 1445H/2023 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

Bertemakan ‘Perpaduan Teras Malaysia MADANI’, acara kemuncak sambutan bermula pada jam 10.00 pagi dengan keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Lebih manis, hari ini sambutan kembali dimeriahkan dengan acara perarakan buat kali pertama selepas tiga tahun.

Pada kali ini seramai 3,700 peserta membabitkan 131 kontinjen mewakili kementerian, badan berkanun dan agensi swasta mengambil bahagian dengan berarak sejauh 1.1 kilometer.

Perarakan bermula dari Jambatan Seri Gemilang ke PICC dengan diketuai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Advertisements

Sambutan Maulidur Rasul adalah acara rasmi kerajaan yang disambut setiap tahun sama ada di peringkat Persekutuan dan negeri, sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Ia bukan sekadar untuk memperingati hari ulang tahun kelahiran Rasulullah SAW, malah ia menjadi wadah terbaik dalam menyantuni masyarakat meneladani susur kehidupan, perjuangan dan sunnah baginda.

Sambutan kali ini akan menyaksikan seorang penerima anugerah perdana manakala enam penerima lagi Anugerah Maulidur Rasul.

Anugerah diberikan sebagai pengiktirafan kepada individu yang layak dan memberi sumbangan cukup bermakna dalam pembangunan ummah serta negara.

Lebih unik, penganjuran kali ini dimeriahkan dengan persembahan seni media pemetaan cahaya pada latar pentas hasil gabungan inovasi dan suntikan elemen teknologi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan