29.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 23, 2024

Letupan kuat berlaku di gudang di Tashkent, Uzbekistan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU letupan kuat berlaku di sebuah gudang di ibu negara Uzbekistan, Tashkent dan mencetuskan kebakaran hari ini.

Menerusi laporan Sputnik yang memetik Kementerian Kecemasan Uzbekistan, hari ini, 28 September, pukul 2.43 pagi (waktu tempatan, 21:43 GMT pada Rabu), unit Kementerian Kecemasan yang bertugas menerima laporan letupan dan kebakaran berlaku di sebuah gudang yang terletak di wilayah kompleks ‘Stroitel’ di daerah Sergeli di bandar Tashkent

“Namun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan 16 jentera bomba telah dihantar ke lokasi kejadian,”kata kementerian itu di Telegram.

Kementerian itu menafikan laporan bahawa nahas pesawat didakwa menyebabkan letupan berkenaan.

Advertisements

“Berita palsu tersebar di beberapa media sosial bahawa kejadian di daerah Sergeli disebabkan nahas pesawat. Maklumat ini tidak benar…,” kata kementerian itu dalam satu hantaran lain.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Uzbekistan berkata terdapat kemalangan jiwa dalam kejadian itu, sambil menambah mereka yang cedera dibawa ke hospital.

“Mereka yang cedera akibat kebakaran telah dibawa ke pusat perubatan di wilayah Tashkent,” kata kementerian itu di Telegram.

Kementerian menambah bahawa mereka yang dirawat di pusat itu tidak mengalami kecederaan serius.- BERNAMA

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan