Wednesday, July 22, 2026

Polis siasat kejadian letupan kuat luar sekolah di Padang Besar

Siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai diperbuat daripada paip besi, tiada kecederaan dilaporkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SATU letupan kuat dilaporkan berlaku di hadapan sebuah sekolah kebangsaan di Padang Besar, Perlis awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Asisten Komisioner Mohd Shokri Abdullah berkata, pihaknya menerima laporan kejadian yang dipercayai berlaku di luar pagar sekolah itu jam 7.30 pagi.

“Polis menerima maklumat daripada pengawal keselamatan yang memaklumkan mendengar bunyi letupan kuat di bahagian hadapan luar pagar sekolah pada jam sekitar 4 pagi.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar bersama pihak forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis dikerah ke tempat kejadian.

“Berdasarkan siasatan awal, kita mendapati letupan berpunca daripada sebuah objek dipercayai buatan sendiri,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, daripada siasatan awal mendapati bahan letupan itu dipercayai diperbuat daripada paip besi.

“Tiada sebarang kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan dan siasatan masih dijalankan.

“Polis memohon kerjasama orang ramai yang melihat kejadian untuk tampil memberi keterangan bagi membantu siasatan,” katanya.

Dalam masa sama, Mohd Shokri menasihatkan agar masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan polis selain mengganggu ketenteraman awam.-Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan