27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Bekalan beras putih cukup – Bernas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) memberi jaminan bekalan beras putih mencukupi untuk keperluan rakyat negara ini.

Jaminan itu dinyatakan Bernas menerusi kenyataannya hari ini dan berkata pihaknya telah menyalurkan sebanyak 630,000 tan metrik beras putih pada Januari hingga Ogos lalu.

“Jumlah itu meningkat sebanyak 38 peratus lebih tinggi berbanding purata jualan bulanan bagi tempoh lima tahun yang lalu.

“Ini bermakna, bekalan beras putih adalah lebih dari mencukupi tanpa kerajaan perlu menggunakan bekalan stok penimbal,”kata kenyataan itu.

Advertisements

Bagaimanapun, menurut Bernas, permintaan ke atas beras putih tempatan semakin meningkat disebabkan perbezaan harganya dengan beras import.

“Peningkatan ini disebabkan peralihan permintaan daripada beras putih import kepada beras putih tempatan oleh pengguna, pembekal kontrak dan pemain industri makanan.

Menerusi peranannya sebagai pembeli padi yang terakhir, purata pegangan pasaran padi tempatan Bernas hanya sekitar 10 peratus, manakala selebihnya dibeli dan diproses oleh kilang swasta.

Namun, kata kenyataan itu lagi, Bernas sentiasa komited dan menyokong semua program intervensi yang dilaksanakan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi menjamin bekalan beras tempatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan