31 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Umat Islam perlu ambil iktibar kejatuhan tamadun akibat fitnah

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

UMAT Islam perlu mengambil iktibar tentang kejatuhan serta keruntuhan tamadun dan kuasa besar dunia akibat budaya fitnah yang mendominasi dan membarah dalam kehidupan bangsa, titah Yang di-Pertuan Agong, Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Baginda bertitah, perkataan yang kurang elok sama ada ketika berbicara mahupun menulis di media sosial, kata-kata berbentuk cacian, nista dan dusta serta fitnah hanya akan menggugat kestabilan dan keharmonian negara tercinta.

“Justeru, bersempena dengan Sambutan Maulidur Rasul peringkat Kebangsaan pada tahun ini, beta ingin meyeru kepada seluruh rakyat untuk bersama mencontohi akhlak warisan maknawi Rasullullah S.A.W yang amat bernilai dan istimewa.

“Marilah kita terapkan akhlak mulia dalam pertuturan dengan menutur bicara kebenaran, bersikap jujur serta menajuhi fitnah, kata-kata dusta dan pembohongan,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya, hari ini.

Hadir sama pada majlis sambutan itu, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Advertisements
Al Sultan Abdullah dan Anwar Ibrahim bersama para penerima anugerah sempena Maulidur Rasul di Putrajaya hari ini. – Foto Istana Negara

Turut hadir, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail; Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Mond Na’im Mokhtar.

Dalam pada itu, baginda menyeru agar umat Islam terus berpegang kepada tuntutan Allah dan ajaran yang dibawa oleh Rasullah S.A.W.

Titahnya, dengan yang demikian, rakyat akan dapat membangunkan sebuah negara yang bertamadun dan berjaya, harmoni serta sejahtera dengan rakyat dapat menjiwai sifat-sifat “karamatul Insan” (kemuliaan manusia).

“Beta optimis bahawa negara kita akan mencapai puncak kejayaan hakiki apabila syariat Islam dan nilai-nilai murni serta ketinggian akhlak yang dibawa oleh Rasullullah S.A.W menjadi tatanan (pegangan) tadbir urus negara,” titahnya.

Baginda bertitah, Maqasid Syariah juga perlu dijadikan kerangka asas dalam penyampaian perkhidmatan agar kemaslahatan rakyat yang menjadi tanggungjawab kerajaan dapat terus dipelihara. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

8000 pelari sertai Twincity Marathon 2024 

TWINCITY Marathon 2024 telah mencatatkan jumlah peserta yang mengagumkan, dengan lebih daripada 8000 peserta daripada 24 negara menyertainya. Twincity Marathon, sebuah acara...

Lagi Artikel Berkaitan