27.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 21, 2024

De Kleijn ungguli peringkat keenam LTdL di Melaka

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELUMBA Tudor Pro Cycling Team, Arvid De Kleijn mengungguli peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 dari Karak ke Melaka sejauh 174.5 kilometer (km) hari ini.

De Kleijn berjaya mencelah daripada kelompok besar peloton di 10km terakhir dari Durian Tunggal untuk muncul pemenangan peringkat dengan catatan masa empat jam lapan minit 19 saat.

Ini merupakan kemenangan peringkat kali kedua pelumba Belanda itu selepas menang peringkat pertama dari Kerteh ke Dataran Shahbandar, Kuala Terengganu, Terengganu.

Turut menempatkan diri dalam kelompok tiga terbaik ialah Sasha Weemaes dari pasukan Human Powered Health di tempat kedua sementara Gleb Syritsa (Astana Qazaqstan) ketiga.

Advertisements

Bagaimanapun, kedudukan tersebut tidak merubah kedudukan pemegang jersi hijau, Simon Carr dari EF Education-Easypost selaku pendahulu keseluruhan.

Carr masih diekori rapat rakan sepasukan, Alexander Jefferson Capeda Ortiz ketinggalan 49 saat di tempat kedua sementara Pablo Castrillo Zapater dari Equipo Kern Pharma ketiga (58 saat).

Bagi kategori raja pecut pula menyaksikan De Kleijn terus unggul apabila mengutip 45 mata keseluruhan, diikuti Enrico Zanoncello (36 mata) dan Syritsa (34 mata).

Siimon Pellaud juga dari pasukan Tudor turut unggul mengekalkan jersi polka dot selaku raja bukit dengan pungutan 32 mata setakat ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar terkesan, sedih dengan kematian Presiden Raisi

DATUK Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa terkesan dan sedih menerima laporan kemalangan helikopter yang membabitkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi...

Lagi Artikel Berkaitan