28.3 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Carr juara keseluruhan LTdL 2023

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SIMON Carr menepati ramalan apabila dinobatkan sebagai juara keseluruhan Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 selepas berakhirnya peringkat kelapan dari Setia Alam ke Kuala Lumpur, hari ini.

Pelumba EF Education-Easypost itu mencatatkan masa yang sama dengan pesaing terdekat yang juga rakan sepasukan, Alexander Capeda yang berada di kedudukan kedua, ketinggalan 49 saat di belakang.

Pelumba Equipo Kern Pharma, Pablo Castrillo pula melengkapkan kedudukan podium selepas memperoleh tempat ketiga, hanya ketinggalan 58 saat di belakang Carr.

Pelumbaan peringkat kelapan sejauh 156.5 kilometer (km) hari ini dimenangi oleh pelumba Astana Qazaqstan, Gleb Syritsa dengan catatan masa tiga jam 12 minit 27 saat.

Advertisements

Syritsa melakukan henjutan terakhir bagi menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat, menewaskan Daniel Babor dari Caja Rural-Seguros RGA dan Arvid De Kleijn (Tudor Pro Cycling).

Sementara itu, De Kleijn dinobat sebagai jagut pecut LTdL 2023 selepas unggul dengan kutipan 72 mata manakala Simon Pellaud turut sukar digugat selaku jaguh bukit sepanjang lapan peringkat.

EF Education-Easypost pula diangkat sebagai pasukan terbaik kejohanan sementara pasukan dari Thailand, Roojai Online Insuran muncul pasukan terbaik Asia.

Terengganu Polygon Cycling menamatkan saingan sebagai pasukan ke-11 terbaik sementara skuad kebangsaan berada di kedudukan ke-14 daripada 21 pasukan yang bertanding. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan tindakan industri penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan