Wednesday, July 22, 2026

Weemaes ungguli peringkat ketujuh, Carr selangkah juara

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELUMBA Human Powered Health, Sasha Weemaes mencipta sejarah apabila mencatat kemenangan pertama dalam karier profesionalnya selepas mengungguli peringkat ketujuh Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023, hari ini.

Weemaes berjaya mengenepikan cabaran Arvid de Kleijn dari Tudo Pro Cycling dan Gleb Syritsa untuk menjadi pelumba pertama melintasi garisan penamat di Seremban, Negeri Sembilan.

Kejayaan Weemas merupakan kepada rentetan penamat podium konsisten yang dipamerkan pelumba tersebut dalam LTdL apabila berada di podium pada peringkat pertama, keempat dan keenam sebelum menang peringkat ketujuh hari ini.

“Saya sangat gembira hari ini, anda dapat sakasikan saya tidak sesekali menyerah kalah.

“Hari ini segalanya berjalan dengan sempurna dan saya sangat berbangga dengan apa yang dipamerkan pasukan,” kata Weemaes selepas perlumbaan. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan