26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Konvoi kereta antik, motosikal besar sempena Maulidur Rasul

Mesti Baca

LEBIH 100 buah kereta antik dan motosikal berkuasa tinggi serta helikopter berarak sempena menyambut kedatangan Maulidur Rasul 1445H yang diadakan semalam.

Dianjurkan oleh Galeri Nur Raudhah, Perarakan Konvoi Kembara Kasih itu bermula daripada galeri yang terletak di Ukay Heights, Ampang kemudian menyusuri laluan ke Masjid Negara, Dataran Merdeka, R&R Awan Besar, Masjid Putrajaya dan kembali semula ke galeri.

Pengasas Galeri Nur Raudhah, Md Zawawi Ramli berkata, program itu diadakan bertujuan mengajak semua masyarakat bersatu padu, hidup bahagia, harmoni, berkasih sayang dan saling bantu-membantu.

“Kita mahu hidupkan amalan sunnah berkasih sayang seperti ditunjukkan baginda Nabi Muhammad SAW. Kita mahu orang ramai tahu, betapa indahnya hidup berkasih sayang cara nabi, seorang pencinta agung.

“Kita mahu masyarakat hidup dengan mengikuti semua sunnah Baginda Nabi Muhammad SAW dalam seluruh aspek kehidupan termasuk berkasih sayang, dalam pergaulan, bersahabat, makan minum, sunnah dalam berkeluarga dan sebagainya.

Md Zawawi Ramli bersama salah sebuah kereta antik yang menyertai Perarakan Konvoi Kembara Kasih Maulidur Rasul.

“Menerusi program yang dianjurkan ini, dapatlah kita semua sama-sama memperbanyakkan membaca sirah nabi, ikuti dan hayati.

Advertisements

“Paling mudah, banyakkan berselawat sepanjang program berlangsung dan semoga kita mendapat syafaat baginda serta mendapat rahmat Allah SWT. Keampunan Allah adalah kemuncaknya keredhaan Allah SWT,” katanya.

Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut diadakan antaranya perlumbaan qasidah kategori kanak-kanak, remaja dan dewasa serta warga emas, diikuti dengan pertandingan melukis kubah hijau.

Acara kemuncak pada sebelah petang adalah perarakan lebih 100 buah kereta antik dan motosikal berkuasa tinggi dari lokasi yang telah ditetapkan.

Sebelum perarakan bermula, gema alunan selawat ke atas baginda Rasulullah SAW dialunkan, sebagai tanda kasih kepada baginda selain bagi memberkati perjalanan majlis.

Majlis disempurnakan oleh Adun Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad, atau lebih dikenali sebagai Altimet. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan