26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 22, 2024

DXN angkat herba tempatan ke pasaran antarabangsa

Mesti Baca

PENGELUAR produk makanan kesihatan DXN menggunakan herba tradisonal tempatan dalam penghasilan produk keluarannya sehingga mendapat tempat ke pasaran antarabangsa.

Boleh dikatakan, semua produk DXN 90 peratus adalah dirumus daripada herba dan tumbuhan tempatan.

Pengasasnya, Datuk Lim Siow Jin berkata, sebagai contoh ialah herba yang dikenali sebagai hempedu bumi dan nama saintifiknya Andrographis.

Katanya, herba itu terkenal dalam kalangan pengamal perubatan tradisional Cina, Ayurveda dan Greek.

Andrographis paniculata amat dikenali dan digunakan secara meluas dalam perubatan traditional.

“Oleh itu, ia dipilih untuk dirumus sebagai salah satu suplemen kesihatan dan pemakanan DXN,” katanya ketika ditemui pada sesi temubual bersama media baru-baru ini.

Beliau berkata, antara khasiat hempedu bumi ialah herba itu mengandungi komponen bioaktif (seperti andrographolide dan neoandrographolide) yang boleh membantu melegakan haba badan dan menggalakkan kesihatan respiratori.

“Sebagai contoh produk DXN Andro G digunakan untuk melegakan kepanasan dalam badan seperti produk indikasi yang diluluskan oleh NPRA (MAL 19973096T) dan mendapat keluluskan MAB (Lembaga Iklan Ubat).

Lim berkata, DXN juga menjalankan pelbagai kajian dan penyelidikan sebelum menghasilkan sesuatu produk bagi memastikan kualitinya.

Advertisements

Menerusi R&D yang dijalankan, khasiat herba berkenaan diteliti dan diperiksa bagi tujuan ramuan sebelum digunakan dalam produk DXN.

Lebih menarik lagi, herba-herba berkenaan diperoleh menerusi DXN Pharmaceutical Sdn Bhd sendiri yang mempunyai ladang di Kedah.

Lim berkata, rasa herba yang pahit seperti hempedu bumi itu mungkin menyukarkan orang ramai untuk mengamalkannya.

Justeru, DXN Andro G adalah suplemen kesihatan dan pemakanan dihasilkan dalam bentuk kapsul di mana serbuk Andro G yang dikapsulkan telah mengurangkan rasa pahit semasa pengambilannya.

“Pengguna boleh menikmati produk kami dalam bentuk kapsul yang kurang pahit pada bila-bila masa.

“Buat masa ini Andro G adalah produk kami yang mendapat sambutan begitu menggalakkan terutamanya daripada pengguna Melayu,” katanya.

Andro G antara produk kesihatan yang mendapat sambutan apabila penjualannya menyumbang 4.04 peratus daripada 1 bilion jumlah jualan keseluruhan produk DXN sejak Julai 2022 sehingga Jun 2023.

Andro G sudahpun berada dipasaran sejak 26 tahun yang lalu mendapat sambutan memberangsangkan berikutan kesedaran pengguna mengenai rahsia dan khasiatnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wajah Faisal di Stadium MBPJ kenang peristiwa hitam bola sepak

WAJAH pemain Selangor, Faisal Halim dijadikan hiasan mural pada Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya sebagai mengenang...

Lagi Artikel Berkaitan