26.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 4, 2024

Hameediyah Bukit Bintang perkenal konsep ‘bistro premium’

Mesti Baca

TERKENAL dengan menu nasi kandar kuah banjir, restoran Hameediyah yang cukup popular di Pulau Pinang terus menaik taraf kualiti restoran dan makanan mereka.

Dengan pembukaan cawangan terbaharu di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, daripada konsep klasik kali ini ia dinaik taraf kepada konsep bistro yang lebih elegan dan menarik.

Pembukaan cawangan kelima itu dilihat lebih premium dan dekorasi setiap tingkat juga berbeza.

Pemilik restoran Hameediyah, Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata, konsep ini dibawa bersesuaian dengan lokasinya yang terletak di tengah bandar dan dipenuhi dengan orang ramai terutamanya pelancong.

“Di sini, kami menawarkan pelbagai kelainan kepada pengunjung kerana kebanyakan mereka yang datang adalah dalam kalangan pelancong.

“Kita mahu pelancong lihat sendiri bagaimana cara orang dulu berniaga nasi kandar. Dengan penampilan pekerja memakai kain pelikat dan baju-T pagoda serta bertali pinggang hijau ‘umrah’, ini adalah pakaian orang lama yang cuba kami bawakan di restoran ini.

“Ia sebagai mengimbau kenangan restoran ini di awal pembukaannya dahulu,” katanya ketika ditemui pada majlis pengenalan restoran berkenaan kepada media, baru-baru ini.

Datuk Seri Vida mempromosikan Restoran Hameediyah di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Hadir sama pada majlis itu, Datuk Seri Vida yang juga pelanggan setia restoran berkenaan.

Muhammad Riyaaz adalah Pengarah Hameediyah Sdn Bhd yang juga adalah generasi ketujuh dari pelopor restoran ini.

Restoran empat tingkat itu memberi pelanggan pilihan untuk duduk di mana-mana sahaja sama ada bistro di tingkat 1 dengan suasana mamak atau galeri yang berada di tingkat 2.

Advertisements

“Jika berada di galeri, terasa seperti sedang makan dalam muzium kerana kami ada meletakkan koleksi barangan asal datuk dan nenek saya dulu berniaga.

“Kami pamerkan di ruang ini untuk dilihat oleh pelanggan sambil menikmati hidangan mereka.

“Selain itu, dinding-dinding juga kami hias cantik dengan lukisan kenangan mereka ketika berniaga dulu.

“Sambil makan sambil dapat tahu sejarah asal Hameediyah,” katanya.

Beliau berkata, dua lagi tingkat restoran ini akan beroperasi tidak lama lagi dengan berkonsepkan ’fine dining’ dan juga roof top. 

“Nasi kandar atau beriani, semuanya masih sama, cuma dalam suasana berbeza. Anda kena cuba sendiri datang dan makan di sini,” katanya.

Katanya, menu-menu di sini masih mengekalkan keaslian dari negeri Pulau Mutiara namun ada beberapa menu baharu diperkenalkan sebagai signature baharu buat Hameediyah.

Antaranya rendang ayam, kari itik, lamb shank dan ayam turki (piru). Tidak ketinggalan menu sotong viral, ayam bawang, ketam serta mi goreng antara menu yang sering mendapat perhatian ramai.

Restoran Hameediyah Multi Concept Bukit Bintang turut dibuka untuk sebarang acara atau majlis keramaian.

Beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan 11 malam untuk Sabtu dan Ahad, restoran ini juga sangat dekat dengan stesen MRT Bukit Bintang. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Rendang Maman Itik Salai’ naskhah istimewa pentadbir USIM

MELIHAT kepada judul buku 'Rendang Maman Itik Salai' (RMIS) tentu ramai yang berfikir ia adalah sebuah karya yang mengetengahkan...

Lagi Artikel Berkaitan