Saturday, June 13, 2026

Mohd Nasri pangku tugas Pengarah JSPT

Mesti Baca

TIMBALAN Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Nasri Omar dilantik sebagai Pemangku Pengarah JSPT, berkuat kuasa hari ini.

Pelantikan Mohd Nasri menggantikan Datuk Seri Mat Kasim Karim yang berpencen wajib esok.

Majlis serah terima tugas Pengarah JSPT disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur hari ini.

Ayob Khan dalam ucapannya berkata berbekalkan ilmu serta pengalaman luas yang dimiliki, Mohd Nasri diyakini mampu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan sempurna.

Mat Kasim menyertai Polis Diraja Malaysia pada 1988 sebagai Insp Percubaan dan berkhidmat selama lebih 35 tahun.

Antara jawatan yang pernah disandangnya adalah Ketua Unit Databank/DNA, Ketua Penolong Pengarah (Telekomunikasi dan Sistem Maklumat) di Jabatan Logistik dan Teknologi, Ketua Polis Melaka serta Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) Bukit Aman.- BERNAMA

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan