26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 22, 2024

Tiga minggu risik akhirnya sindiket seludup Rohingya tumpas

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) menjalankan risikan selama tiga minggu sebelum berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan manusia dan menahan enam individu daripada etnik Rohingya di sekitar Kota Bharu, Kelantan kelmarin.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, dalam operasi itu seawal 7.57 pagi itu, pasukannya telah mengatur gerak sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan Proton Wira yang dipandu suspek secara mencurigakan.

Beliau berkata, suspek kemudian memecut kenderaan setelah menyedari kehadiran pasukan operasi tetapi berjaya dipintas dan ditahan di Terminal Bas Ekspres Kota Bharu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan, pihaknya telah menahan dua lelaki Rohingya yang disyaki sebagai transporter dan ‘pembantu’ bersama dua lelaki Rohingya lain yang disyaki akan dibawa ke Kuala Lumpur.

“Jumlah keseluruhan yang ditahan adalah seramai enam orang etnik Rohingya berusia lingkungan 24 hingga 35 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, hasil semakan awal mendapati, empat lelaki Rohingya terbabit memiliki kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) manakala dua lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini.

Katanya, pasukan operasi telah merampas dua keping dokumen UNHCR yang disyaki palsu, wang tunai sebanyak RM2,000 dan sebuah kenderaan jenis Proton Wira yang dipercayai untuk mengangkut PATI.

Advertisements

“Modus operandi sindiket adalah dengan menyeludup masuk PATI etnik Rohingya ke negara ini melalui laluan haram di sempadan dan ditempatkan di rumah transit sebelum dibawa ke Kuala Lumpur menggunakan bas ekspres dengan diiringi oleh seorang lelaki etnik Rohingya yang datang dari Kuala Lumpurm” katanya.

Jelas beliau, PATI Rohingya yang baru masuk akan diberikan dokumen UNHCR yang disyaki palsu bagi mengaburi pihak berkuasa.

Manakala bayaran yang dikenakan oleh sindiket untuk penghantaran ke Kuala Lumpur adalah sebanyak RM500 untuk setiap seorang PATI dan RM100 dikenakan untuk penghantaran di sekitar Kota Bharu,

“Sindiket ini telah beroperasi selama satu tahun,” katanya.

Seramai tiga orang lelaki etnik Rohingya ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Sek.26A, Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007.

Manakala tiga lagi ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan dibawah Sek.6(3), Akta Imigresen 1959/63 dan ditahan di Depot Tahanan Imigresen Tanah Merah, Kelantan, katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan