26.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, June 22, 2024

Mara Corp, CEEI jalin kolaborasi dalam sektor tenaga baharu

Mesti Baca

MARA Corp dan China Electrical Equipment International (CEEI) telah menjalinkan kolaborasi bagi melaksanakan projek-projek tenaga baharu.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, fokus utama kolaborasi tersebut terhadap tenaga lestari dan teknologi canggih yang akan membawa transformasi kepada landskap tenaga negara.

Beliau berkata, melalui kerjasama itu, Mara Corp akan melaksanakan projek-projek tenaga baharu, sistem penjanaan kuasa, penggantian bateri, pembangunan modal insan, serta bekerjasama dengan vendor tempatan.

“Pelaburan dan pemindahan teknologi dari CEEI dijangka memberi dorongan ekonomi yang signifikan dan kemajuan teknologi di Malaysia,” kata Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, malam tadi.

Sebelum itu beliau menyaksikan Majlis Penyetahan Surat Niat (LOI) antara Mara Corp dan CEEI di Shanghai, China.

Advertisements

Zahid sedang mengadakan lawatan rasmi ke negara itu sempena Ulang Tahun Ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan China.

Beliayu berkata, majlis tersebut menandakan satu tonggak penting dalam hubungan bilateral antara Malaysia dan China, serta merupakan langkah besar dalam inovasi teknologi di negara ini.

Kata beliau, kolaborasi antara Mara Corp dan CEEI bakal membuka peluang pembangunan modal insan khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan latihan vokasional (TVET).

Katanya, hal ini amat bermakna dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang diperlukan oleh industri tenaga negara.

“Saya harap kerjasama ini akan membawa manfaat yang besar kepada sektor tenaga Malaysia sekaligus menjadikannya lebih maju dan terkehadapan. Insya-Allah,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan