27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

Imigresen gempur penempatan haram pendatang asing di Sentul

Mesti Baca

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) memeriksa 123 warga asing dalam operasi di sebuah penempatan haram di kawasan sekitar Sentul di ibu negara, awal pagi tadi.

Operasi yang diketuai oleh Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh bermula 1 pagi itu memeriksa 95 warga Myanmar, India (21) dan tujuh warga Indonesia.

Ruslin berkata, hasil risikan dan aduan yang diterima mendapati penempatan haram berkenaan wujud sejak empat tahun lepas dengan dilengkapi bekalan elektrik.

“Warga asing ini dipercayai menyewa rumah daripada warga tempatan yang turut membekalkan bekalan elektrik kepada mereka.

“Mereka membayar kira-kira RM400 sebulan untuk sewaan rumah tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Turut serta, Timbalan Ketua Pengarah Imigresen (Operasi), Jafri Embok Taha dan Pengarah Imigresen Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff.

Beliau berkata, kawasan penempatan haram itu turut menempatkan kedai runcit dan kebanyakan warga asing tersebut berniaga dan bekerja di kawasan sekitar.

“Berdasarkan semakan, warga asing terbabit tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan telah tinggal di negara ini melebihi masa.

“Semasa operasi dijalankan, ada dalam kalangan mereka yang memanjat atap, menyorok dan mengunci diri (dalam rumah) supaya tidak ditahan pihak berkuasa,” katanya.

Ruslin berkata, turut melibatkan Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) manakala kesemua warga asing berkenaan akan disiasat di bawah Akta Imigresen 1959/63. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan