27.2 C
Kuala Lumpur
Friday, June 14, 2024

Tarikh PRK Sungai Bakap ditentukan 6 Jun ini – SPR

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 6 Jun ini bagi membincangkan pelaksanaan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang berhubung kekosongan luar jangka kerusi tersebut berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lalu.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Fasal (5) Perkara 19 Perlembagaan Negeri Pulau Pinang, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan kerusi tersebut dipastikan oleh SPR.

“Sehubungan itu, SPR akan mengadakan satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap, Pulau Pinang pada 6 Jun 2024 (Khamis) bagi membincangkan pelaksanaan pilihan raya tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Ikmalrudin berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut akan diadakan.

ADUN Sungai Bakap dalam Parlimen Nibong Tebal, Nor Zamri Latiff disahkan meninggal di Hospital Seberang Jaya.

Pada hujung April lalu, Nor Zamri dimasukkan ke hospital berkenaan dan terpaksa ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana mengalami radang di bahagian perut.

Yang Dipertua Pas Nibong Tebal itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos lepas menentang calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. Beliau mendapat 15,433 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Maritim Malaysia laksana pelbagai langkah pertingkat integriti

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melaksanakan pelbagai langkah bagi meningkatkan integriti dalam kalangan warganya. Agensi itu pada masa sama...

Lagi Artikel Berkaitan