30.7 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

LTdL: Jackson tawan peringkat 3, Zanoncello rampas jersi hijau

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PELUMBA Bolton Equities Black Spoke, George Jackson mengungguli peringkat ketiga Le Tour de Langkawi (LTdL) 2023 sejauh 183.1 kilometer (km) dari Jeli, Kelantan ke Baling, Kedah hari ini.

Jackson yang berasal dari New Zealand muncul pelumba paling awal melintasi garisan penamat menewaskan saingan Enrico Zanoncello dari Green Project-Bardianicsf-Faizane’ di tempat kedua sementara Carlos Canal Blanco (Euskaltel-Euskadi), ketiga.

Bagaimanapun, jersi hijau selaku pendahulu kejohanan kini bertukar milik apabila Arvid De Kleijn sekadar menamatkan perlubaan di tempat ke-94, ketinggalan 30 minit 39 saat di belakang Jackson.

Perlubaan hari ini dicemari dengan insiden kemalangan jalan raya membabitkan van pasukan yang membawa tiga orang pelumba Giant Cycling Team dari China.

Kesemua mangsa termasuk pemandu van telah dibawa ke Hospital Jeli untuk rawatan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Advertisements

Sementara itu pelumba kebangsaan, Muhammad Nur Aiman Rosli terus mempamerkan kayuhan cemerlang di LTdL 2023 apabila merampas jersi putih selaku pelumba terbaik Asia.

Muhammad Nur Aiman menamatkan saingan selaku pelumba keenam melintasi garisan penamat sementara penyandang jersi putih, Tegshbayar Batsaikhan daripada pasukan Roojai Online Insurance ketinggalan 30 minit 39 saat jauh di belakang.

De Kleijn dalam pada itu masih mengekalkan jersi oren selaku raja pecut selepas mengutip 27 mata, kutipan mata yang sama dengan Zanoncello.

Jersi polka dot raja bukit pula dipegang Simon Pellaud selepas mengutip lima mata di Jeli, Puncak Titiwangsa (10) DAN Sri banding (lima) untuk mendahului senarai dengan 20 mata.

Saingan pusingan keempat esok akan menyaksikan jarak yang lebih pendek berbanding tiga pusingan awal apabila pelumba akan berkayu dari Bukit Mertajam ke Meru Jaya sejauh 140.2 km. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan