29.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

SPPP tarik 80,496 penyertaan pelajar IPT, usahawan B40

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SKIM Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang diperkenalkan sejak 2021 berjaya mendaftarkan sebanyak 80,496 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) dan usahawan B40.

Ketua Pegawai Eksekutif SSM, Datuk Nor Azimah Abdul Aziz berkata, 34,291 daripadanya merupakan pelajar IPT sepenuh masa sementara usahawan B40 pula adalah seramai 46,304 orang.

Justeru itu, Nor Azimah menyeru para pelajar IPT sepenuh masa untuk memanfaatkan SPPP yang ditawarkan SSM. 

“SPPP diperkenalkan oleh SSM bertujuan untuk memberi peluang kepada golongan usahawan kumpulan B40 dan pelajar sepenuh masa di IPT awam dan swasta untuk mendaftarkan perniagaan mereka dengan SSM di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 secara percuma.

“Sejak diperkenalkan pada 1 Januari hingga 31 Ogos lalu, jumlah pendaftaran perniagaan yang berjaya didaftarkan melalui SPPP adalah sebanyak 80,495 pendaftaran yang terdiri daripada pelajar IPT sepenuh masa dan usahawan kumpulan B40,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan selepas merasmikan Program Usahawan Muda 2023 (PUM23) siri kedua peringkat negeri Perak secara dalam talian hari ini.

PUM23 menghimpunkan lebih 1,500 pelajar daripada Politeknik, Kolej Komuniti, Giat Mara, Kolej Matrikulasi, Akademi Pembangunan Belia Malaysia serta institut pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS) di Perak.

Nor Azimah memaklumkan, sejak 2021, SSM telah berjaya menganjurkan sebanyak 12 sesi PUM secara fizikal dan dalam talian dengan lebih 11,000 penyertaan dalam kalangan pelajar di seluruh negara. 

“Pada 2023 pula, SSM mensasarkan untuk menganjurkan tiga sesi PUM di Johor, Sabah dan Perak yang berjaya dilaksanakan secara dalam talian pada hari ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan