Thursday, June 4, 2026

Salah guna nama SSM dalam pembelian gula dari Brazil

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SURUHAJAYA Syarikat Malaysia (SSM) mengesan kewujudan dokumen yang menyalahgunakan nama, logo serta nama ketua pegawai eksekutif yang didakwa membuat deklarasi dalam urusan pembelian gula dari Brazil.

SSM menerusi kenyataan berkata, pihaknya menafikan dakwaan sebarang penglibatan dalam transaksi seumpama itu samada secara langsung atau tidak langsung. 

Katanya, SSM juga tidak melantik mana-mana agen atau orang perseorangan untuk bertindak bagi pihak suruhanjaya untuk tujuan tersebut.

“Mana-mana pihak yang menggunakan logo SSM tanpa kebenaran boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Cap Dagangan 2019. 

“SSM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang menyalahgunakan logo, nama organisasi serta nama Ketua Pegawai Eksekutif SSM,” katanya hari ini.

SSM adalah merupakan sebuah badan kawal selia korporat yang juga melaksanakan fungi pendaftaran perniagaan, pemerbadanan syarikat dan pendaftaran Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT).

Di samping itu, SMM turut membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam. –  Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan