33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

SSM anjur program bimbing usahawan Selangor

Mesti Baca

LEBIH seribu peserta membabitkan diri dalam Program Bimbingan Usahawan (PBU23) peringkat Negeri Selangor anjuran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), hari ini.

Program siri kedua bagi tahun 2023 itu dianjurkan bertujuan untuk memberikan sokongan, bimbingan dan peluang kepada usahawan tempatan memperkukuh serta memajukan perniagaan.

Mewakili Pengerusi SSM, Datuk Nor Azimah berkata, penekanan diberikan kepada keusahawanan yang dapat membuka peluang buat usahawan tempatan untuk mempelajari aspek penting dalam selok-belok dunia perniagaan.

“Mereka yang terbabit akan diberi penekanan melalui pemahaman tentang pengurusan, kewangan, pemasaran, operasi serta strategi perniagaan yang berjaya.

“Dalam mencapai objektif ini, SSM telah memperkenalkan pelbagai inisiatif bagi mewujudkan kesedaran kepada komuniti perniagaan berkenaan kepentingan pendaftaran perniagaan, strategi perniagaan dan kewangan, serta kaedah pemasaran digital dalam menjalankan perniagaan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Advertisements

Beliau berkata, salah satu inisiatif SSM adalah menawarkan Skim Pendaftaran Perniagaan Percuma (SPPP) yang memanfaatkan komuniti perniagaan daripada kumpulan usahawan dan pasangan suami isteri B40 serta pelajar IPT sepenuh masa dengan mendaftarkan perniagaan mereka secara percuma melalui pengecualian fi pendaftaran dan maklumat perniagaan.

“Sejak SPPP mula diperkenalkan pada 23 Disember 2020 hingga 31 Julai 2023, jumlah perniagaan yang berjaya didaftarkan secara percuma adalah sebanyak 77,259,” katanya.

Pada program yang sama, SSM juga turut menyampaikan serahan sumbangan Wakalah Zakat Korporat (WZK) berjumlah RM237,600 kepada agensi, institusi pendidikan, surau serta masjid.

Di samping itu, sumbangan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) berjumlah RM9,000 juga disampaikan kepada persatuan dan pusat jagaan.-Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan