31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Piala Malaysia: JDT ‘lanyak’ Kelantan 10-0

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) melakar kemenangan besar di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri apabila ‘melanyak’ Kelantan FC 10-0 dalam aksi Piala Malaysia, malam tadi.

Membawa bekalan 5-1 pada aksi pertama di Kota Bharu 4 Ogos lalu, JDT tidak memberi simpati buat kelab bermasalah itu apabila meledak 10 lagi gol untuk layak ke suku akhir dengan agregat 15-1.

Bergson da Silva meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-21 apabila menyudahkan hantaran rekrut baharu, Takahiro Kunimoto ketika Johan Shahzidane hanya mampu memerhati bola masuk ke gawangnya.

Arif Aiman Hanapi (kiri) meraikan jaringannya bersama Bergson dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. – Edisi9/JDT

Kunimoto membuktikan mengapa pendahulu Liga Super itu menandatanganinya apabila mencetak gol kedua JDT menerusi satu gelecekan cantik melepasi dua pemain Kelantan sebelum melepaskan rembatan melepasi penjaga gol.

Pemain tengah berasal dari Jepun itu terus melebarkan kedudukan selepas meledak gol kedua peribadi dalam debutnya bersama skuad Harimau Selatan apabila menyungkit bola masuk pada minit ke-37.

Bergson menjadikan kedudukan 9-1 secara agregat apabila menanduk masuk sepakan penjuru Juan Muniz, dua minit sebelum masa rehat.

Advertisements

JDT terus unggul di babak kedua apabila meledak enam lagi gol.

Muniz menjaringkan gol kelima perlawanan pada minit ke-54 sebelum pemain muda, Daryl Sham George mencetak gol keenam tuan rumah pada minit ke-59.

Aysar Hadi melengkapkan kemenangan besar 10-0 JDT apabila meledak gol ke-10 pada waktu kecederaan dalam aksi Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, malam tadi. – Edisi9/JDT

Heberty Fernandes meledak gol ketujuh JDT menerusi rembatan jarak dekat selepas menerima hantaran Daryl Sham pada minit ke-62.

Dua minit kemudian menyaksikan Arif Aiman Hanapi menjadikan kedudukan 8-0 selepas menyempurnakan hantaran Bergson sebelum penyerang dari Brazil itu melengkapkan hatrik pada minit ke 73 menerusi satu rembatan kencang menerjah gawang The Red Warriors.

Seorang lagi pemain muda, Ahmad Aysar Hadi Mohd. Shapri melengkapkan kemenangan besar JDT di Iskandar Puteri menerusi rembatan leret dari luar kawasan penalti pada waktu kecederaan sekali gus menjadikan agregat 15-1. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan