25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Aksi Kelantan-Sabah diubah ke Stadium UiTM Shah Alam

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERLAWANAN Liga Super 2023 melibatkan Kelantan FC dan Sabah FC terpaksa diubah dari Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ke Stadium Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Bagaimanapun, Kelantan FC menerusi Facebook memaklumkan, tiada pindaan tarikh perlawanan tersebut yang mana akan berlangsung pada Isnin depan.

“Perubahan lokasi perlawanan terpaksa dilakukan kerana Stadium Sultan Muhammad ke-lV tidak dapat digunakan kerana terdapat aktiviti lain berlangsung pada hari yang sama.

“Kepada semua penyokong Kelantan yang berada di sekitar Lembah Klang, boleh mengambil kesempatan turun ke Stadium UiTM Shah Alam memberi sokongan kepada pasukan,” katanya hari ini.

Advertisements

Menerusi surat daripada Perbadanan Stadium Kelantan yang dikongsikan bersama makluman di Facebook, keputusan memindahkan lokasi perlawanan adalah disebabakan penganjuran Kejohanan Sukan Antara Stadium Se Malaysia (Sukas) Pahang 2023.

Kejohanan tersebut akan berlangsung bermula esok sehingga 23 November ini yang melibatkan penyertaan semua perbadanan stadium dari seluruh negara.

Untuk rekod, perlawanan Liga Super tersebut pada asalnya dijadualkan pada 3 November lalu namun telah dipindah ke tarikh baharu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan