25.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Nabila Razali sah isteri kepada ahli perniagaan

Mesti Baca

DENGAN sekali lafaz, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Nik Iruwan Nik Izani, 38, kira-kira jam 10.11 pagi tadi.

Pasangan itu dinikahkan oleh Ustaz Fawwaz Zarin Che Lah pada sebuah majlis yang berlangsung di sebuah resort di Bukit Tinggi, Pahang.

Pada majlis bertemakan English Garden itu, Nabila atau nama sebenar, Nur Nabila Mohd Razali, 31, menerima mas kahwin bernilai RM22.50 manakala wang hantaran dirahsiakan.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Pematah Hati itu bersyukur majlis yang dirancang berjalan lancar dan berterima kasih kepada keluarga, rakan serta peminat yang sentiasa mendoakan kebaikan untuk dirinya.

“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi majlis pernikahan lancar.

“Terima kasih kepada tetamu dan ahli keluarga yang menjayakan majlis ini dan tidak lupa kepada peminat atas doa dan sokongan yang diberi kepada Bella dan suami,” katanya dalam satu kenyataan.

Advertisements

Kira-kira 250 tetamu termasuk ahli keluarga, rakan terdekat dan teman selebriti hadir memeriahkan majlis pernikahan Nabila dan Nik Iruwan.

Tidak ketinggalan hadir sama tetamu VIP dan rakan niaga pengantin.

Antara selebriti yang hadir ialah Hawa Rizwana, Amira Othman, Wany Hasrita, Ara Johari, Sissy Iman, Hael Husaini dan ramai lagi.

Pasangan itu bakal diraikan dalam majlis resepsi bertemakan Garden Party formal, petang ini, di lokasi yang sama.

Terdahulu, sebelum ini, timbul gosip dakwaan majlis pernikahan Nabila dengan ahli perniagaan yang juga bekas pelumba kereta itu bakal disatukan pada ulang tahun ke-31 penyanyi itu, Isnin lalu.

Namun begitu, ia hanyalah sekadar pengumuman yang dibuat Nabila mengenai dirinya menerima lamaran Nik Iruwan melalui perkongsian foto romantis yang di muat naik di Instagram(IG) miliknya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan