34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Nabila Razali sudah bertunang?

Mesti Baca

KECOH apabila timbul berita penyanyi dan pelakon, Nabila Razali dikatakan sudah melangsungkan pertunangan dengan seorang ahli perniagaan, baru-baru ini.

Difahamkan, majlis pertunangan Nabila bersama Nik Iruwan Nik Izani itu diadakan di rumah baharunya di Selayang, Selangor.

Berdasarkan laporan media dan sumber terdekat penyanyi itu, majlis berkenaan hanya dihadiri ahli keluarga sahaja.

Namun begitu, butiran terperinci majlis tidak diketahui tetapi Nabila dijangka melangsungkan majlis pernikahan tahun depan.

Advertisements

Sehingga kini tidak ada sebarang maklum balas daripada Nabila, Nik Iruwan mahupun pengurusan Nabila berkenaan perkara itu.

Malah tidak ada sebarang muat naik di sosial media masing-masing berkongsi mengenai perkara berkenaan.

Khabarnya, kedua-dua mereka mula berkenalan dan menjalin hubungan cinta beberapa bulan lalu ketika sama-sama terbabit dalam sukan go-kart. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Giliran calon PH tayang keputusan UPSR, SPM

SELEPAS calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut menayangkan sijil akademik pengajiannya, kini giliran calon Pakatan Harapan (PH) pula...

Lagi Artikel Berkaitan