25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Sharifah Amani bertunang… siapa Encik Laju?

Mesti Baca

PELAKON Sharifah Amani hari ini berkongsi berita gembira bahawa beliau kini sudah bergelar tunangan orang.

Amani atau nama sebenarnya, Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya menerusi Instagramnya berkongsi foto memaparkan jari manis kirinya bersarung sebentuk cincin merisik dengan kelibat seorang lelaki berkaca mata sebagai latar belakangnya.

Know know got fiance (tahu tahu dah ada tunang). Syukur Alhamdulillah. One step closer, till when when (satu langkah ke hadapan, sampai bila-bila),” tulis beliau menerusi hantaran tersebut.

Bagaimanapun, identiti lelaki yang mengikat tali pertunangan pelakon filem Sepet berusia 37 tahun itu tidak dapat dipastikan, namun coretan penyanyi Naim Daniel dalam komen mencetuskan tanda tanya tentang siapa Encik Laju yang dimaksudkan.

“Nak nyanyi nanti untuk anda dan Encik Laju,” coret beliau dalam ruangan komen.

Pelakon yang mesra dipanggil Nani itu turut menerima ucapan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rim, Datuk Dira Abu Zahar.

Advertisements

“Alhamdulillah, sangat gembira untuk anda berdua,” tulis beliau.

Amani turut dihujani ucapan tahniah daripada warga net menerusi akuan Twitternya.

Pun begitu, seorang pengikut Twitter Amani mendakwa wajah lelaki di dalam foto tersebut mirip penyanyi Sufian Suhaimi.

“Aku seorang jeh ke tengok lelaki tu macam Sufian Suhaimi?” tulis lelaki tersebut, namun carian semula komen tersebut didapati sudah hilang mungkin telah dipadamkan.

Sebelum ini, Amani acap kali memberi bayangan hatinya sudah dimiliki apabila berkongsi hantaran status berbaur romantis menerusi Instagram.

Februari lalu, Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-19 (FFM-19) itu membuat ucapan hari lahir kepada seseorang tanpa menunjukkan wajahnya dalam sekeping foto menunjukkan tangan sedang digenggam erat.

Bersama perkongsian terbabit, Amani turut menyertakan kapsyen berbunyi: I love you. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan