24.7 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

Shahril, Noh antara Ahli MKT bakal terima nasib seperti Tajuddin?

Mesti Baca

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi didakwa akan memecat beberapa lagi Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dalam usaha melumpuhkan pengaruh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Antara nama-nama yang disebut bakal menerima nasib serupa seperti Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman ialah Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan.

Suara Merdeka dalam laporannya mendakwa, Shahril yang kini menjawat Pegawai Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri merupakan antara pemimpin UMNO yang dikatakan tidak sehaluan dengan Zahid.

Nama lain yang didakwa akan dipecat ialah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar.

“Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak dipecat selepas dilantik sebagai Duta Besar Malaysia di Indonesia.

“Sebelum ini Tajuddin juga sering mengkritik Zahid.

Advertisements

“Tan Sri Annuar Musa sebelum ini turut memberi gambaran bahawa lebih ramai yang akan dipecat oleh Zahid untuk mengukuhkan kedudukannya di dalam parti,” lapor media tersebut.

Tajuddin diganti dengan Isham Jalil yang sebelum ini dipecat daripada jawatan Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor atas alasan jawatan tersebut “tidak wujud” dalam perlembagaan parti.

Dalam laporan lain, media itu mendakwa pemecatan beberapa Ahli MKT tersebut bagi melemahkan sokongan kepada Ismail Sabri di dalam parti.

Ini kerana, dakwa Suara Merdeka, Zahid begitu khuatir Ismail Sabri yang juga Naib Presiden UMNO akan bertanding jawatan presiden pada pemilihan parti kelak.

“Jadi mana-mana pemimpin yang dilihat menyokong Ismail Sabri akan dipecat dan dengan cara itu Zahid akan mengawal semua keputusan dan naratif parti,” kata media itu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Tugas banteras rasuah lebih mencabar, penjenayah makin licik

TUGAS membanteras kegiatan rasuah di negara ini semakin mencabar memandangkan jenayah tersebut bersifat unik, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan...

Lagi Artikel Berkaitan